Produksi Animasi Blindspot Studios

Blindspot Studio menerokai industri animasi dengan menyertai Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2013. Harta intelek yang dibangunkan di sebagai penyertaan IPCC ialah Food Dojo.

Pada 2015, Blindspot Studios membangunkan harta intelek seterusnya iaitu Tony Jet Skate

Pada 2016, Blindspot Studios menghasilkan beberapa siri animasi awal Alif & Sofia dan disiarkan di media sosial Facebook dan YouTube. Animasi awal ini memuatkan isi kandungan Islamik sebagai wadah didik hibur bagi kanak-kanak prasekolah. Ia mendapat sambutan hangat dikalangan ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai reaksi positif diperolehi hasil daripada animasi versi awal tersebut.

Pada 8 Ogos 2018, persetujuan bersama telah dicapai oleh Primeworks Studios (anak syarikat Media Prima Berhad) dan BlindSpot Studios untuk menghasilkan siri animasi Alif & Sofia melalui platform saluran YouTube Alif & Sofia.

BilTahunHarta IntelekGenrePenerbit
12013Food DojoAksi, Komedi, PengembaraanBlindspot Studios
22014Afro RiderAksiBlindspot Studios
32015Tony Jet SkateAksi, Komedi, PengembaraanBlindspot Studios
42016Alif & SofiaPendidikan, Islamik, Komedi, MuzikalBlindspot Studios
52019Alif & SofiaPendidikan, Islamik, Komedi, MuzikalBlindspot Studios & Primeworks Studios

Berkaitan